Thursday 23 May 2013

VIDEO BERKUMPULAN (KECHEK LOGHAT)


                                   kechek adalah loghat kelantan dan terengganu yang bermaksud cakap.
                                         di dalam video ini dimuatkan beberapa loghat yang popular di Malaysia.

       Jom tonton beramai-ramai..
pasti mencuit hati :D











Tuesday 14 May 2013

ALAT BANTUAN MENGAJAR (HADIAH UNTUK PESAKIT)

<3 <3 BAMUT <3 <3


~Bamut adalah gabungan nama bantal dan selimut~

bamut diperbuat dari sehelai selimut lama dan dilipat menjadi bantal.
bamut bukan sahaja boleh diguna sebagai bantal dan selimut
 tapi sebagai alas kaki, mafla yang besar dan juga sebagai cadar tilam.
bamut juga kecil dan boleh dibawa kemana-mana terutamanya bagi yang selalu 'travel' menaiki bas/ kapal terbang/ keretapi.




 

 











CARA-CARA MELIPAT BAMUT ADALAH SEPERTI BERIKUT :D


Monday 6 May 2013

10 VIDEO YOUTUBE INOVASI & TEKNOLOGI (PERUBATAN)



1) 'DEEP VEIN THROMBOSIS' STOKING



 



2) INOVASI 'GLOVE ARTHRITIS' UNTUK UKUR PERGERAKAN





3) PENYUKAT DOS UBAT





4) 'PULSE OXIMETER' MUDAH ALIH





5) TEKNOLOGI PENGUMPULAN SPERMA





6) 'TRAVEL' STOKING





7) TELE- PERUBATAN





8) SARUNG TANGAN PEMANAS





9) PENANAMAN GIGI TITANIUM





10) PEMERIKSAAN PAYUDARA



Friday 26 April 2013

10 GAMBAR INOVASI


1)    Flow Medical Gadget of the Future.


Alatan ini direka khas untuk membantu dalam pengimejan perubatan supaya lebih berkesan dan mudah diguna dalam kehidupan seharian terutamanya para pesakit. Alat ini mampu mengesan dan mengawal kandungan bahan merbahaya didalam udara yang kita sedut. Alat ini direka khas untuk pesakit yang menghidap penyakit Asma (Lelah), dimana mampu memberi amaran kepada pesakit untuk megelak dari terjadinya Serangan Asma secara akut. Alat ini secara tidak langsung memastikan pesakit hanya menghirup oksigen yang bersih tanpa sebarang allergens yang mana akan menyebabkan serangan Asma.

2)    Proffesional Ultrasonic Beauty Equipment.



Produk teknologi kecantikan paling terkini yang mana berguna untuk penjagaan muka, mata, ketegangan kulit pada bahagian tertentu badan seperti siku dan untuk penurunan berat badan. Alat ini menggunakan teknik frekuensi ultrasound yang tinggi (1000/3000 million). Frekuensi ini akan merangsang pengaliran darah dalam badan manusia sekaligus meningkatkan kadar metabolisma badan. Aplikasi ultrsonik ini akan turut diguna bersama sama krim kecantikan untuk menguatkan lagi kadar tembusan ultrasonik kedalam kulit dan akan menghasilkan kulit yang cantik. Terdapat beberapa jenis ultrasound iaitu: ‘Tine head’ untuk bahagian mata, ‘Plane head’ untuk bahagian muka dan ‘Big head’ untuk bahagian badan. 

3)    Bacaan nadi dengan aplikasi iSpO2 melalui iPhone dan iPad.


Teknolgi terkini makin canggih dan banyak memberi kebaikan dan kemudahan kepada pengguna. iSpO2 adalah salah satu alat untuk mengesan kadar denyutan nadi yang boleh disambung melalui kebanyaan produk Apple. Alat ini didatangi dengan alat pengesan yang akan disambung pada jari pesakit, dan dengan pantas dapat mengesan bacaan oksigen, kadar  denyutan nadi dan indeks perfusi. Alat ini sangat sesuai diguna oleh pesakit jantung dan Asma yang sentiasa ingin melakukan aktiviti lasak. Jadi, mereka masih mampu memantau dan mengambil langkah berjaga- jaga walaupun bukan berada dalam kawasan hospital.

4)    Kerusi roda Aluminium



Kerusi roda ini direka khas untuk membantu pesakit Ortopedik. Dengan menggunakan kesrusi ini, pesakit yang mengalami kecederaan pada sebelah tangan juga msih mampu menggerakkan kerusi roda menggunakan tangan yang lebih kuat tanpa perlu mengeluarkan tenaga yang berganda. Pesakit juga boleh membuat pusingan dengan lebih senang apabila menggunakan kerusi roda aluminium ini.

5)    IT Clamps


IT Clamps telah dicipta ekoran cerita seorang pakar bedah trauma di Afghanistan, beliau telah menggunakan klip rambut untuk menghentikan pendarahan dengan cepat. Ekoran peristiwa ini, menerbitkan idea bagi sesetengah pihak untuk menghasilkan alatan berdasarkan klip rambut. Alatan ini boleh digunakan oleh para tentera, doktor dan sesiapa sahaja untuk meyelamatkan mangsa trauma dari berlaku kematian sementara mendapatkan rawatan selanjutnya. Antara jenis trauma ialah pendarahan teruk, ‘massive pneumothorax’ dan gangguan saluran pernafasan.

6)    Gelang Amaran Radiasi untuk Ibu Mengandung (CARE).


Care direka khas untuk ibu mengandung, seperti yang kita tahu radiasi sangat membahayakan ibu mengandung kerana akan mengganggu perkembangan fetus. Dengan memakai gelang ini, boleh memberi amaran kepada para ibu jika terdapat radiasi pada kawasan yang mereka lalui. Gelang ini akan menyalakan lampu merah dan bergetar jika dapat mengesan radiasi. Jadi, dengan bantuan alatan ini, dapat mengelakkan para ibu dari berada ditempat yang mana akan membahayakan diri dan fetus mereka.

7)    Portable Electronic Muscle Stimulation Machine


 
Produk ini sangat sesuai untuk kegunaan dirumah mahupun pejabat dan boleh dibawa kemana-mana kerana ringan dan saiz yang berpatutan. Pengguna boleh reset mengikut kehendak masing- masing dan kuasa yang diguna juga tidak terlalu tinggi tapi cukup untuk memberi keselesaan kepada pengguna. Fungsi alat ini adalah untuk membersihkan meridian didalam badan, meregangkan otot dan sendi, membantu dalam penurunan berat badan, meningkatkan kadar perjalanan darah dan membantu menghilangkan rasa penat badan.

8)    Advanced Medication Reminder With Vitacarry option

 


Sebuah mesin atau kotak di mana anda boleh meletakkan ubat anda di dalam dan ia mempunyai penggera yang akan mengingatkan anda untuk mengambil ubat-ubatan. Mesin ini adalah mudah alih, dan anda boleh menyimpan stok ubat untuk jangka masa yang panjang seperti satu minggu. Kelebihan – kelebihan lain mesin ini adalah, perlindungan gasket penuh untuk mengelakkan pengoksidaan dan mengekalkan potensi ubat, keselamatan (menyediakan mudah, melepaskan tenaga, serta mengunci selamat), kanta tahan calar pada VitaCarry itu, latar mudah untuk malam mudah melihat masa, peringatan untuk tujuh hari, peringatan didengar dan visual, pilihan  penggera getaran (senyap), pengakuan satu sentuhan, functionalit terlepas pil, timer tanggal dan penganjur berasingan dan plastik FDA gred.

9)    Why Cry Baby Monitor

 


Alatan ini direka untuk mengesan sebab bayi menangis. Mesin yang sensitif kepada bunyi ini, diprogramkan untuk membezakan nada dan tona suara bayi yang berbeza. Input akan dianalisis dan keputusan dipapar dalam bentuk ekspresi muka yang ringkas iaitu lapar,bosan, mengantuk, menyampah dan tertekan.

10)  Mini Breast Examination Machine

 


Mini mesin ini direka khas untuk wanita. Alat ini boleh mengesan masalah atau keadaan yang tidak normal pada payudara wanita denga cepat, tepat dan secara saintifik. Alat ini mengesan ketidak abnormalan dengan menggunakan teknik cahaya.
Alat in juga senang dibawa dan setiap wanita boleh membuat pemeriksaan awal walaupun dirumah.

Tuesday 9 April 2013

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum w.b.t :)


Blog ni dibuat khas untuk subjek Teknologi dan Inovasi...
enjoy this subject...